Minggu, 16 Maret 2014
Browse Manual »
Wiring »
australia
»
buka
»
cawangan
»
di
»
hotel
»
tune
»
Tune Hotel buka cawangan di Australia
.jpg)
Tune Hotel buka cawangan di Australia
.jpg)
Tune Hotels
TUNE Hotels mengukuhkan kedudukan di peringkat antarabangsa dengan membuka cawangan pertama di Australia menerusi Tune Hotel Melbourne.
Ketua Menteri Victoria, Dr Denis Napthine berkata, pembukaan Tune Hotel Melbourne bukan sahaja mampu mewujudkan lebih 100 peluang pekerjaan, tetapi sebagai platform untuk menarik lebih ramai pelancong ke Melbourne.
“Menariknya hotel ini terletak di 609 Swanston Street, Carlton,Melbourne, menjadikan ia sebagai sebuah lokasi strategik memandangkan ia terletak berhampiran Universiti Melbourne selain Universiti RMIT dan kemudahan pengangkutan awam,” katanya.
Dilengkapi dengan 225 bilik, Tune Hotel Melbourne mula beroperasi pada 21 Oktober lalu dengan tawaran istimewa pada kadar serendah RM150 (AS$50) satu malam yang juga merupakan kadar terendah pernah ditawarkan.
Katanya, kumpulan turut berhasrat melebarkan sayap di rantau negara itu, sekali gus menjadikan Melbourne sebagai hab operasi.
“Tune Hotel Melbourne juga akan menjadi ibu pejabat bagi operasi Tune Hotel di Australia dan New Zealand dengan jalinan kerjasama ibu pejabat di Kuala Lumpur,” katanya.
Selain Australia, Tune Hotel beroperasi di Filipina, Indonesia, United Kingdom, Thailand, India dan Jepun.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar