Jumat, 31 Januari 2014

Kerajaan Inggeris resmi umumkan kehamilan Kate Middleton

4 Dis 2012

Kerajaan Inggeris secara resmi mengumumkan kehamilan The Duchess of Cambridge, Kate Middleton.
Anggota Keluarga Kerajaan dan keluarga Kate, dikatakan sangat gembira dengan berita ini.
Dalam sebuah pernyataan, Istana St Jamess mengatakan: Yang terhormat Duke dan Duchess of Cambridge dengan senang hati mengumumkan bahawa Duchess of Cambridge tengah mengandung.

"Ratu dan Duke of Edinburgh, Putera Charles dan Duchess of Cornwall dan Putera Harry serta kedua keluarga sangat berbahagia dengan khabar ini.
Tetapi istana St Jamess menolak untuk menjawab pertanyaan bila  pasangan ini pertama kali menyedari kehamilan ini, hanya dengan mengatakan baru-baru ini.

Seorang juru cakap keluarga mengatakan usia kandungan Kate diyakini berusia kurang dari 12 minggu, dan mengakui bahawa dia tengah dirawat selama beberapa hari di sebuah rumah sakit di London kerana mual-mual.
Wartawan BBC melaporkan William dan Kate sempat tinggal bersama orang tua Kate di Berkshire pada akhir minggu kemarin dan kemudian dibawa ke sebuah rumah sakit King Edward VII dengan kereta.
William sempat beberapa jam menunggui isterinya di rumah sakit sebelum akhirnya keluar sekitar pukul 20:00 waktu setempat.

Dilaporkan duchess menderita hiperemesis gravidarum, yang memerlukan tambahan cairan dan nutrisi.
Kerana kandungan masih dalam usia yang muda, maka akan dirawat di rumah sakit selama beberapa hari dan akan diminta untuk menjalani periode istirahat setelahnya, demikian isi pernyataan kerajaan.

Diyakini bahawa Kate ditangani oleh Marcus Setchell, seorang ahli ginekolog.
Bayi yang dikandung ini akan berada di garis ketiga dalam tahta kerajaan, setelah Putera Charles dan Putera William.
Catherine dan William, keduanya berusia 30 tahun, menikah di Westminster Abbey pada April 2011.
Kate Middleton terakhir kali terlihat di publik pada Jumaat kemarin saat dia mengunjungi almamaternya, St Andrew di Pangbourne, Berkshire.

Tanggapan pemimpin dunia

Khabar hamilnya Kate Middleton ini langsung mendapat tanggapan dari sejumlah pemimpin.
Perdana Menteri David Cameron dalam Twitternya menulis dia senang mendengar khabar itu.. mereka akan menjadi orang tua yang luar biasa.

Pemimpin Parti Buruh Ed Miliband juga menulis di Twitter: Berita fantastis dari Kate, William dan negara. Bayi kerajaan adalah sesuatu yang akan dirayakan seluruh negeri.
Seorang juru  cakap Angkatan Udara Kerajaan, RAF, tempat dimana William menjalani tugas sebagai pilot penyelamat mengatakan: RAF sangat senang dengan khabar ini dan mendoakan yang terbaik untuk masa depan Duke dan Duchess of Cambridge.

Sementara paman William, Earl Spencer, yang merupakan adik kandung Puteri Diana, mengatakan kehamilan itu sebagai khabar bahagia dan saya senang untuk mereka berdua.
Uskup Agung Canterbury, yang menikahkan pasangan ini mengatakan "Seluruh bangsa ingin bergabung dalam perayaan khabar bahagia ini. Kami mendoakan kesihatan dan kebahagian bagi Duchess dalam beberapa bulan mendatang.

Ucapan selamat juga datang dari Gedung Putih.
Juru bicara Presiden Obama, Jay Carney mengatakan: Atas nama semua orang di sini.. dimulai dari presiden dan ibu negara, kami ucapkan selamat untuk Duke dan Duchess of Cambridge atas khabar bahagia yang kami terima dari London bahwa mereka tengah menantikan anak pertama.

Wartawan isu kerajaan Ingrid Seward melaporkan bahwa pasangan ini sebenarnya sudah ingin mempunyai anak lebih cepat, tetapi mereka menundanya untuk menghormati Perayaan 60 Tahun Tahta Ratu Elizabeth.

  |  Sumber: BBC Indonesia
ReadFull Article ..

Kamis, 30 Januari 2014

Siapa terjun dari bahtera dia tak selamat Presiden PAS




SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan seluruh ahli PAS berhati-hati dengan serangan pihak musuh yang cuba memecahbelahkan parti itu.

Menganalogikan serangan tersebut sebagai gelombang dari luar, yang menghentam bahtera PAS, beliau mahu pemimpin dan ahli PAS semua peringkat tidk terjun dari bahtera ini sekalipun mabuk dilanda gelombang tersebut.

"Gelombang dari luar itu cukup kuat, kayuh sama-sama hingga penghujung. Kadang-kadang saya bimbang orang kita mabuk dengan gelombang. Lebih malang yang mabuk itu sampai terjun bahtera.

"Jangan terjun bahtera ini. Sesiapapun yang terjun dia tidak akan selamat, termasuk juga ulama," katanya.

Beliau berkata demikian semasa membuat ucapan penangguhan di Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 semalam.

Terdahulu, beliau turut menafikan kewujudan pelbagai aliran pemikiran yang ada dalam PAS yang didakwa sesetengah pihak sebagai membawa kepada perbezaan akidah.

Sebaliknya, kata Ustaz Abdul Hadi tuduhan seperti itu hanya ditimbulkan oleh Umno, sedangkan di kalangan ahli PAS hanya berbeza dari segi latar belakang dan bukannya dari segi akidah.

"Tiada dalam PAS, Islam liberal, Islam ortodoks atau Islam protestan. Jangan dengar pandangan orang luar," katanya membuat penegasan.

Tambahnya, PAS melihat kepelbagaian latar belakang ini sebagai satu kekuatan kepada parti itu dengan berperanan secara kolektif.

KUALA LUMPUR: Ahli PAS diingatkan agar tidak terperangkap dalam kitaran yang dicipta media musuh dan membawa pemikiran yang cuba diterapkan mereka.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, kepimpinan parti sangat berhati-hati apabila berhadapan dengan media arus perdana dan meminta ahli juga tidak sewenang-wenangnya mempercayai laporan mereka berkaitan PAS.

"Ada pandangan dari perwakilan tentang kenyataan pimpinan. Kita tegaskan bahawa kita banyak siri perbincangan apa yang berlaku dan harus kita fahami bahawa sumber yang perlu kita rujuk ialah sumber rasmi parti, bukan merujuk kepada sumber lain.

"Ada di kalangan kita yang marah pada pimpinan berapi-api, dengan berkata, bukankah kita sudah beritahu jangan beri kenyataan kepada Utusan Malaysia. Ini lidah Umno kenapa pimpinan buat juga kenyataan keluar suratkhabar dalam Utusan Malaysia muka depan, keluar TV3.

"Saya tanya dia, pak cik baca di mana? Dia jawab, ini Utusan Malaysia sebut. Rupa-rupanya dia yang percaya Utusan malaysia. Pimpinan kita tak buat kenyataan kepada media musuh tetapi kenapa kita percaya kepada media musuh?

"Kita harus akui media perdana berjaya membentuk pemikiran rakyat, membentuk pusingan yang paling bahaya apabila. Apabila kita termasuk dalam kitaran tersebut lalu kita bercakap dengan suara yang disebut media musuh dan kita bawa dalam pemikiran kita.

"Saya harap muktamar kita ini marilah kita tutup semua label yang diberi oleh musuh kepada kita. Biduk berlalu kiambang bertaut," kata beliau sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan di Muktamar PAS Ke-59 di Stadium Malawati, Shah Alam semalam.

Bekas Ketua Penerangan PAS Pusat itu juga mengingatkan bahawa sumber rasmi parti ialah akhbar Harakah dan portal Harakahdaily yang harus dijadikan rujukan pimpinan dan ahli PAS.

"Saya jelaskan bahawa media rasmi PAS ialah Harakah dan Harakahdaily dan kita telah berjaya buat peningkatan dalam Facebook Harakahdaily.

"Mungkin sebahagian tak menyedari dalam masa 2 tahun setengah follower Harakahdaily daripada 40,000 meningkat kepada 424,141 satu peningkatan yang luar biasa," katanya.

Beliau turut mengingatkan ahli agar menerima keputusan perwakilan yang memilih pimpinan baru bagi sesi 2013-2015 dan perlu memberikan kerjasama kepada pimpinan baru.

"Kita telah buat keputusan, kita kena wala kepada keputusan perwakilan. Suka atau tidak suka, terima atau tidak terima setelah keputusan dibuat mari kita taat kepada pimpinan kita dan thiqah kepada pimpinan yang ada," ujarnya.
ReadFull Article ..

Rabu, 01 Januari 2014

Datuk Seri Lajim Ukin Jemput Tuan Guru Haji Salleh Musa pimpin Munajat di Sabah

24 & 25 April 2013
 DATUK SERI LAJIM UKIN
 BAKAL KETUA MENTERI SANAH DAN MANTAN AHLI PARLIMEN BEAUFORT
 Jemput Tuan Guru Hj Salleh Musa pimpin munajat di Kediaman beliau di Parlimen Beaufort
 Beliau bersama perjuangan Rakyat menuntut keadilan untuk rakyat Sabah
 Tuan Guru Hj Salleh bersama Syeikh Muslim dan saya serta iman masjid Landai Sik bersama Tuan Guru ke    Sabah bagi memenuhi jemputan Datuk Seri Lajim dan hajat rakyat Sabah ingin bersama Ulama dalam  gelombang perubahan perjuangan . Dulu Sabah dan Serawak merupakan kubu kuat UMNO/ BN tetapi kini telah berubah , rakyat sudah sedar dengan penipuan dan ketidak adilan UMNO /BN



LIMEN BEAUFORT

























ReadFull Article ..

Tragis! 2 Pelajar China Bunuh Diri Gara gara Homework tidak siap

Beijing - Tragis! Dua remaja di China nekat bunuh diri gara-gara tidak dapat menyelesaikan pekerjaan rumah(Homework)  dari sekolah. Dalam insiden yang terpisah, keduanya memilih mengakhiri hidup mereka dengan melompat dari ketinggian dan gantung diri.

Insiden ini menunjukkan tekanan besar yang dihadapi anak sekolah di sebahagian besar wilayah China. Para pelajar dan mahasiswa di China dihadapkan pada sistem kompetisi yang sangat tinggi. Demikian seperti dilansir AFP, Jumaat (3/5/2013).

Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun di Nanjing, Provinsi Jiangsu nekat melompat dari tempat  pada Khamis (2/5) pagi waktu setempat. Hal ini dilakukannya kserana dia gagal menyelesaikan homeworknya ketika cuti nasional selama 3 hari pada awal Mei kelmarin.

Kemudian seorang pelajar lelaki lainnya yang berusia 13 tahun dari kota yang sama, ditemukan mati gantung diri di tangga rumahnya. Sekitar 2 jam sebelum kejadian, remaja ini sengaja bangun subuh untuk menyelesaikan kerja rumahnya namun nampaknya dia tidak berhasil.

"Dalam pesannya, anak ini mengatakan dia menyayangi orangtuanya, meminta maaf kepada mereka dan berharap merekaboleh  membawa bunga lili, bunga kesukaannya ke kuburnya," demikian seperti dikutip media setempat, China Daily.

Otoriti China dinilai telah melakukan kemajuan yang impresif terkait praktik pendidikan di negerinya. Bahkan PBB menyebut, tinggkat melek pendidikan di China mencapai 99 persen.

Namun pihak orangtua murid banyak mengeluhkan sistem pendidikan yang digunakan, yang memfokuskan pada hafalan yang kuat dan gaya mengajar yang cenderung keras. Rata-rata pelajar di China menghabiskan waktu 8-12 jam di dalam kelas, setiap harinya. Di luar itu, mereka masih menghabiskan waktu berjam-jam untuk mengerjakan tugas-tugas sekolah yang sangat banyak.
   detikNews
ReadFull Article ..

Remaja AS Tembak Kepalanya di Ruang Kelas


Ohio - Kekerasan senjata api kembali terjadi di Amerika Syarikat  . Seorang pelajar sekolah menengah AS nekat menembak dirinya di hadapan teman-teman sekelasnya. Beruntung, upaya bunuh diri ini gagal.

Insiden ini terjadi di sekolah menengah LaSalle, yang merupakan sekolah khusus lelaki, di wilayah Cincinnati, Ohio, AS, pada Isnin (29/4) waktu setempat. Entah bagaimana, salah seorang siswa boleh membawa pistol hingga ke dalam ruang kelas.

"Ini benar-benar insiden yang sangat tersendiri," ujar juru cakap sekolah menengah LaSalle, Greg Tankersley seperti dilansir AFP, Selasa (30/4/2013). "Tidak ada ancaman," imbuhnya.

Aksi ini terjadi saat pelajaran berlangsung. Salah seorang siswa mengarahkan pistol ke kepalanya sendiri dan kemudian menembakkannya. Namun tembakan ini tidak membunuhnya. Dia kini dirawat dirumah sakit

"Dia meregang nyawa. Tolong doakan remaja ini dan orangtuanya," ucap Tankersley.

Akibat insiden ini, para orang tua murid berbondong-bondong ke sekolah untuk menjemput anak masing-masing. Aktiviti belajar-mengajar di sekolah tersebut langsung dihentikan.

Belum diketahui pasti motif tindakan si remaja yang kini masih menjalani perawatan medis di rumah sakit. Polis setempat masih menyelidiki lebih lanjut kes ini, termasuk bagaimana cara remaja tersebut mendapatkan senjata api.  detikNews
ReadFull Article ..